profile

Amir Razak Takaful

circle amir razak

Amir Razak Takaful

Sediakan Hadiah Istimewa Buat Waris Anda Yang Tersayang

Plan Hibah Takaful mampu milik dan terbaik buat keluarga tercinta.

Jika anda mencari plan hibah takaful, YA, anda kini telah berada dalam saluran yang paling tepat.

Apa yang ingin anda cari, semuanya ada disini.

Saya yakin dan percaya, setiap daripada kita pasti nak sediakan yang terbaik buat keluarga yang kita sayang.

Hanya tinggal selangkah sahaja lagi, untuk anda realisasikan perancangan kewangan keluarga anda.

Jangan risau, kami adalah agent takaful yang sah & Company kami berdaftar dibawah Bank Negara Malaysia.

Ramai client kami yang sudah dilindungi dengan Hibah Takaful.

Jom lihat apa komen mereka sendiri tentang Hibah Takaful.

Jangan ragu-ragu lagi!!

Terus hubungi untuk dapatkan khidmat nasihat & pelan perlindungan Hibah Takaful Terbaik sekarang.

happy family

HIBAH bermaksud HADIAH yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki.

"HIBAH TAKAFUL pula adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful."

Penerima HIBAH tersebut merupakan penerima MUTLAK dan PAMPASAN HIBAH TAKAFUL tersebut adalah terkecuali daripada pengurusan harta pusaka dan dalam pecahan bahagian faraidh. Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat. Ia dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Hibah Takaful juga terpakai untuk warga islam dan bukan islam.

Contoh Claim Hibah Yang Berjaya

Masalah Bila Tiada Hibah

Salah satu masalah yang boleh berlaku bila kita tiada hibah untuk diberikan kepada keluarga tersayang

bila tak ambik hibah
masalah hibah

“Dengan hibah takaful, anda boleh ‘menghadiahkan’ suatu jumlah wang ringgit daripada pelan takaful anda kepada waris pilihan anda. Contohnya, isteri, suami, anak anda atau boleh dihadiahkan kepada bukan waris sebagai penama individu seperti anak angkat mahupun teman rapat”

Kelebihan Mengambil Hibah

Saya senaraikan apakah kelebihan anda mengambil hibah buat keluarga anda

Pengganti pendapatan

Pengganti Pendapatan

Wang pampasan hibah akan jadi pengganti gaji untuk beberapa tahun akan datang

selesaikan hutang

Selesaikan Hutang

Boleh selesaikan hutang dengan cepat kerana proses tuntutan tak rumit

pendidikan anak

Pendidikan Anak

Memberikan manfaat kepada anak anda yang ingin menyambung pelajaran

pelaburan pendapatan

Pendapatan Berterusan

Waris boleh laburkan semula ke dalam pelaburan yang sesuai

perlindungan anda

Perlindungan Anda

Sekiranya mengalami kemalangan dan cacat kekal, wang pampasan boleh digunakan untuk kegunaan sendiri dan kehidupan harian

penerima mutlak

Penerima Mutlak

Menyerahkan manfaat takaful kepada seorang penama atau menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful dan wang pampasan. Pampasan yang diterima adalah mutlak miliknya

tuntutan mudah

Proses Tuntutan Lebih Mudah

Proses tuntutan yang mengambil masa dalam 7-14 hari atau paling lama mungkin sebulan sahaja

perlindungan anda

Modal Uruskan Pusaka

Wang pampasan yang diterima boleh digunakan modal untuk uruskan harta pusaka.

Kronologi Hibah Takaful

Apabila pemegang polisi MENINGGAL DUNIA, pampasan Hibah Takaful akan terus diberi kepada PENAMA HIBAH 100%. Orang luar yang TIADA penama dalam Hibah Takaful TIADA HAK untuk menuntut.

Apabila pemegang polisi didiagnos HILANG UPAYA KEKAL selamanya, pampasan akan diberikan terus kepada PEMEGANG POLISI. Polisi hibah takaful akan tamat selepas bayaran pampasan hilang upaya kekal diserahkan.

Apabila pemegang polisi didiagnos PENYAKIT KRITIKAL, pampasan penyakit kritikal akan dibayar JIKA ADA. Seterusnya polisi akan terus BERSAMBUNG secara PERCUMA hingga tarikh matang polisi.

Kenali Diri

Profil Amir Razak

Muhammad Amir bin Abdul Razak

Nama diberi Muhammad Amiruddin Bin Abd Razak. Merupakan seorang Perunding Takaful Berdaftar daripada Al-Isra’ Associates, FWD Takaful yang dipercayai ramai. Berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan.
 
Salah satu tujuan saya kearah bidang Takaful Consultant ini ialah, untuk berkongsi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia, tentang pentingnya Hibah Takaful dalam kehidupan kita ini.
 
Takaful bukan untuk orang miskin, bukan juga untuk orang kaya. Takaful hanya untuk orang yang mempunyai kesedaran sahaja. 
 
Semua perkara yang kita lakukan hari ini mempunyai risiko, bahkan saat kita tidak melakukan apa-apa sekalipun. Tiada siapa yang boleh beri jaminan.
 
Dan sungguh, perbuatan yang memiliki risiko terbesar adalah membiarkan perkara-perkara buruk terjadi kepada diri sendiri tanpa melakukan apa-apa persediaan.
Profil Amir Razak

Kenapa Pilih Saya?

4 Tahun pengalaman sebagai perunding kewangan FWD Takaful sepenuh masa

Hampir 100 Polisi dibawah jagaan saya

Saya bersama Team berpengalaman dan berjaya menguruskan tuntutan pelanggan (Kematian & Perubatan)

Anda berhak mendapat FREE QUOTATION & ADVICE Sebelum Memilih

Tiada paksaan dan Flexible

Saya bersama Agensi Bumiputra Terbaik & Terbesar di Malaysia (Al Isra Group)

Bersama Pelanggan Yang Mengambil Hibah

al isra kawan

Masa yang terbaik untuk apply Hibah Takaful adalah SEKARANG!!

Caruman Hibah Serendah RM 100-150 sahaja buat keluarga anda

Hanya selangkah saja lagi anda mampu dapatkan rundingan daripada kami.
Nak Tahu lebih lanjut & Berminat nak apply Hibah Takaful ??

Isi borang dibawah untuk dapatkan sebut harga secara percuma, selepas borang diisi, saya akan hubungi/whatsapp tuan/puan untuk proses selanjutnya. 

Masih ada lagi sebarang pertanyaan, boleh whatsapp saya 

Soalan-soalan Lazim

Berikut soalan yang biasa ditanya oleh para pelanggan. Harap soalan-soalan telah pun terjawab 

Kerana awak bujang lah awak perlu ada hibah, sebab bila nanti awak dah berkahwin, umur pun sudah meningkat, confirm caruman Takaful awak lebih tinggi. Ketika itu, belum tentu kita masih lagi sihat seperti biasa. Rugi bila sudah ada sejarah sakit ni. Inilah peluang yang terbaik buat awak sebenarnya.

Ya, boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Minta bantuan Agent Takaful untuk kemaskini.

Macamnilah… Jika Family awak memang betul-betul mengharapkan income sepenuhya daripada awak, memang WAJIB kene ada Hibah ni. Nampak seperti berat. Tetapi berat lagi buat mereka, jika awak tak tinggalkan sesuatu setelah kita tiada nanti. Inilah ikhtiar kita buat Family. Urusan lain kita serahkan pada yang Maha Kuasa. Yang penting awak dah berusaha & berikhtiar. Asingkan kewangan siap2 untuk Takaful. In shaa Allah.

Bagus soalan ni. Ok macamni, insurans company awak tu cover awak ditempat kerja je tau. Risiko awak pergi dan balik kerja, company tak tanggung. Lagi satu, lepas awak pencen atau diberhentikan kerja, automatik  company dah tak cover. Kalau lepas pencen baru nak ambil Hibah, mintak maaf memang dah mahal. Itupun kalau awak masih sihat lagi.

Ok Begini. First, awak bekerja ditempat yang berisiko tinggi seperti Letupan, Gas Leaking, dan Falling Object. Memang kene sediakan Hibah. Tips daripada saya, awak allocate kan duit gaji awak tu untuk bayar Takaful lumpsum selama 3 ke 6 bulan. Jadi bila putus job, dah tak perlu risau lagi. Saya tahu, sekali awak dapat gaji mesti berlepuk-lepuk kan. Masa tu memang tak ingat dunia dah, hehehe. Saya ada ramai kawan bekerja di tempat sebegini.